20091217

Black & White Photo Contest,


20091215

Perempuan Tak Boleh,


Memang betul kata orang.Hidup dengan lelaki saja.Senang.Aku bangga kerana aku banyak kawan lelaki.Terlalu banyak sampai aku harus tengok phonebook aku untuk cari kawan perempuan.Mahu tumpang tidur rumah.Tapi last minute.Semua alasan sama.Kecewa memang kecewa.

Ada kawan lelaki aku bilang Ulii kita boleh tolong orang selagi kita boleh.Tapi,tak semua orang boleh tolong kita.ada yang betul,ada yang mereka alasan untuk mereka sendiri.relaks lah ok. Ya.Relaks.

Lelaki-lelaki.Aku bersyukur aku ada kalian.Kalau perempuan semua macam sohai.Kau datang sebagai lelaki untuk selamatkan aku.Hero apa lagi kau-kau mahu? Aku sudah ada.

20091211

Parti,


Ok.Petak dah konfirm.Aku akan jual zine-zine aku di Rantai Art minggu depan.Aku jual dua zine Jurnal Cilaka dan Lelaki.Kedua-duanya rm8.Jadi kalau anda tergila-gilakan aku.Cari aku di Rantai.Jika anda benci aku.Sila jangan cari pasal.Kerana hari itu.Aku mahu cari duit.Mahu makan.Lapar.

Mungkin.Mungkin lah kot.Aku ke RTW.Singa bilang.Tahun ini tahun terakhir aku bersuka ria.Tahun depan SPM.Tahun bersedih-sedih.Jadi bulan ini,tahun ini aku guna sebaik mungkin.Untuk berparti atau apa.Aku mahu gembira sebelum sedih.So,kepada yang tergila-gilakan aku.Jumpa anda minggu hadapan.

20091130

Aku sedih,


kalau ketiak aku belang belang.aku nak beli kasut belang zebra.aku nak jalan-jalan sambil angkat tangan tunjuk ketiak belang aku,pakai kasut belang aku dan kata 'sama tak? sama tak?' dekat orang ramai.belakang aku ada Tumiah tengah pegang bekas kosong untuk dipenuhkan dengan duit oleh orang ramai.sebab kalau mereka terhibur,aku kaya.Bila duit aku dah banyak aku nak buat passport.nak pergi singapore jumpa kawan aku yang aku cakap dekat post sebelum ni.

dia coma.Dah lima hari.Kalau dia tak bangun-bangun doktor nak cabut tiub dia.Aku tanak dia mati.Kau kena bangun sebab dorang semua pembunuh.Dorang nak bunuh kau.

cepat bangun.aku tunggu.bila kau balik rambut aku dah ikal paras lutut panjangnya.kita lepak sama sambil tengok Grindhouse ea? Tolong lah bangun * sebak *

20091125

Gila,


Bila aku kata keluarga aku gila,mereka memang gila.setiap seorang daripada mereka dah tak waras. masalah jiwa yang dalam dan parah.gila gila gila.

Apa yang aku dengar semalam memang meruntuhkan aku 100% aku tak sangka benda macam tu akan jadi.Aku tak bagitahu kawan-kawan aku atau sape-sape yang dekat dengan aku.Sebab aku takutlah kalau dicopkan macam buka pekung didada.Aku masih rasa itu berdosa.

But still,kenapa macam ni? Shit.Aku malas nak bersosial kalau semua orang macam sial.Hidup ni macam drama.Dan kita sebagai pelakon haruslah melakonkannya dengan sebaik mungkin supaya dapat interest daripada Director.

*tarik nafas* Aku benci.

20091120

1 2 3 go!

Okay.Zine sudah siap.Jurnal Cilaka.Gua tak tahu ah apa yang celaka sangat pasal jurnal tu.Tapi gua suka nama dia.Kali ni lebih tebal.Kaler dah tak pudar macam fuck.Kaler pekat gila.Ada 4 cerpen dan yang lain puisi.Dislotkan sekali karya Petak yang ditulis oleh beliau sendiri dan Moon.Dia suruh gua cilok mana-mana yang sedap dalam blog dia.Karya Moon semua mat saleh.Karya-karya gua berunsur ekspressionisme.Jadi apa aja gua tulis dalam tu.Lu senyap.Lu feel.Baru lu tahu.Gua rabak macam mana.Kalau lu tak feel.Makna lu tak cukup senyap.Harga 8 ringgit.Gua berani cakap yang ni lebih baik dari LSD.

Gua cuma boleh hantar order minggu ni aja.Minggu depan gua tak ada dalam Kuala Lumpur 3 minggu.Jadi gua tak boleh bikin bisnes.Bulan depan baru gua giat balik.Ini pun gua suruh pelanggan gua turun The Curve atau One Utama.Dekat sikit dengan gua.Sebab gua dah serik beb turun kl.Hujan-hujan.Naik public transport.Lain ah kalau Anak Raja ada.Senang sikit.Ni payah nak buat bisnes.Macam mana nak maju? Gua tahu.Kurang asam.What to do?

Lagi satu.Banyak pelanggan dari negeri lain.Sori.Gua belum bikin postage.Gua tangan ke tangan dulu.Sebab ada masalah sikit.Jadi gua ambik order dari dalam KL aja dulu.Sekali lagi gua mintak itu kemaafan dari pelanggan negeri lain *sembah rock*

Jadi nak order.Cakap.Dalam minggu ni aja.Gua tak suka yang cakap 'tak sure pukul berapa' sebab nanti gua yang nyirap tunggu lu.Gua perempuan.Kalau gua tunggu lu sambil isap rokok kang orang lalu lalang pandang slek.Gua tambah nyirap.Asap gua tersedak.Dan tolong jangan cakap 'simpankan satu untuk aku tau Ulii' tiap kali lu tak boleh datang ambik itu zine.Gua bilik dah macam kandang bab.Jangan suruh gua simpan kalau tanak bilik gua jadi kandang babi terus.Gua tahu lu tak kisah.Tapi gua kisah.Gua tak ada ruang nak simpankan.Lu nak lu ambik.Sekarang gua nak cakap macam orang politik sikit.

Bisnes is bisnes.Gua perlukan duit untuk hidup.Sebab gua tak dicara.Sedih.Gua tahu.

*enrti ini kasar,tapi sebenarnya gua sedang senyum dekat lu.Jangan takut.Gua tak marah


20091117

Goyang,


Gua rasa gua perlu santai.Tak perlu paranoid dengan benda kecik.Gua kene rilek.Gua tak boleh ada rasa benci dekat siapa-siapa walaupun gua tahu orang tu sangat benci gua.Sekarang ni yang gua tak puas hati.Dia sudah tipu gua.Gua sakit hati.Dia lancau.Bukan,gua tak cerita pasal Anak Raja.Anak Raja yang terbaik.Gua cerita pasal dia.Lu-lu semua tapayah tahu.Sebab gua menyampah nak bergaduh lagi.Gua paham keadaan dia sekarang.Tapi gua tak suka apa yang dia dah buat.Dia tak tahu yang gua tahu dia tipu gua.Dia tak tahu.

Gua kena rilek dan santai.Gua rasa macam nak berparti dan bersosial.Sudah lama gua tak amalkan.Gua rindu.Gua betul-betul kena bersosial now.Gua nak gelak-gelak.Biar tak kusut lagik.Harini last gua pergi sekolah.Gua masuk sekolah balik 4 January 2010 sebagai kakak sohai sekolah.Wasup.

Gua balik-balik tadi.Dah penat macam taik.Gua tak bukak baju pun.Gua terus tidur.Hujan tak henti-henti.Gua rasa macam gua dekat alaska.Sekarang gua senang.Gua dah tak nak kesah pasal rambut gua,penampilan atau apa yang nak jadi kat gua.Gua cuma nak tulis dan tidur lama-lama.Gua malas cara apa orang nak cakap.Gua penat.Gua nak buat kerja gua puas-puas.Kalau boleh Anak Raja.Tolong amik gua dekat rumah ahad ni plis.Kita pergi gig.Gua nak berparti.

Gua hampir siap zine baru.Belum siap.Hampir.Jangan order dulu.Nanti gua nyirap.